FREE SHIPPING FOR ORDERS OVER RM80.00
10 Produk Skincare Terbaik Daripada Cosmoderm - Jenama Lokal Kegemaran Ramai productnation

Pernah dengar tentang COSMODERM? Tahukah anda, Cosmoderm merupakan produk hasil anak tempatan yang bukan sahaja selamat digunakan tetapi juga datang dengan harga yang mampu milik. Malah yang paling penting, produk ini telah disahkan halal dan bermatlamat! 

Adakah Cosmoderm selamat dari sebarang paraben? 
keyboard_arrow_up
Bila berbicara tentang isu kecantikan wajah, perkara paling utama dan menjadi kerisauan ramai orang adalah paraben. Manakan tidak, paraben memiliki sifat yang hampir sama seperti hormon yang dinamakan estrogen. Jika hormon estrogen terlalu banyak dalam tubuh wanita, ia mampu meningkatkan lagi risiko menghadapi kanser payudara. 

Usah risau! Menurut laman rasmi Cosmoderm, produk ini hanya menggunakan bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, minyak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman dan herba tradisional seperti manjakani dari Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut produk mana yang sesuai buat anda, jom ikuti senarai dibawah;

 

1. Cosmoderm Makeup Remover (100ml)

Makeup remover untuk kulit berminyak

Cosmoderm Makeup Remover ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diperkaya dengan Anti-Oil Seed, produk 2-dalam-1 ini juga selamat digunakan pada bahagian sekitar mata dan bibir. Hanya sapu secara perlahan, sudah cukup untuk menanggalkan sisa solekan dan kotoran.

 

2. Cosmoderm Gentle Cleansing Milky Foam (100ml)

Pencuci muka untuk merawat kulit sensitif

Mengalami kulit yang sensitif, pastinya sukar untuk mencari produk yang bersesuaian. Tidak perlu risau, pencuci muka Cosmoderm Gentle Cleansing Milky Foam ini mempunyai sabun susu yang lembut khusus dicipta untuk mengurangkan kesan merah serta iritasi kulit. Ia membantu mengekalkan lapisan perlindungan luar tanpa mengeringkan.

 

3. Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion (100ml)

Toner wajah ini mengandungi ekstrak teh Chamomile, Lemon dan Roseship Oil di dalamnya bertujuan untuk melindungi kulit dan memberi keanjalan semasa membersih. Gunakan toner wajah ini setiap kali selepas membersih, terutama buat kamu yang mempunyai kulit kombinasi atau berminyak. Kulit anda akan kembali cerah dan berseri sepanjang masa.

 

4. Cosmoderm Vitamin E Facial Scrub (125ml)

Makeup remover untuk kulit berminyak

Buat kamu yang mempunyai masalah jeragat, skrub muka Vitamin E ini mungkin menjadi penyelesai masalah terbaik. Bertekstur lembut dan tidak merekah, ianya diperkaya dengan anti-oksidan yang mampu menghidrat kulit kering sambil mengekalkan lembapan dan kelembutan asli kulit. Gunakan dua kali seminggu untuk hasil yang lebih efektif.

 

5. Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask (100ml)

Masker dengan kandungan minyak Tea Tree untuk menghapus jerawat degil

Masker dari Cosmoderm ini mencuci kulit dengan lembut sehingga pembersihan secara mendalam tanpa mengeringkan permukaan kulit. Kandungan minyak Tea Tree serta Vitamin E di dalamnya menyediakan pelbagai manfaat untuk membantu membersih wajah dengan pantas dari kekotoran serta pori yang tersumbat akibat debu. Ianya mampu mengawal penghasilan minyak serta pertumbuhan dan menghapuskan jerawat degil.

 

6.Cosmoderm Eye Treament Gel with Co-Enzyme Q-10 (20ml)

Eye gel untuk mencerahkan lingkaran gelap bawah mata

Katakan selamat tinggal pada panda eye dengan Cosmoderm Eye Treatment. Ia merupakan cecair penghidratan tanpa minyak yang dirumus dengan ramuan Co-Enzyme untuk meningkatkan keanjalan kulit dengan segera sambil mengurangkan garis halus dan kedutan yang terdapat di lingkaran mata. 

 

7. Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum (30ml)

Serum malam untuk mencerahkan kulit kusam

Cosmoderm Luminous Pearl Brighthening Serum bertujuan untuk membaiki sel mati serta menambah nutrien ke dalam kulit anda yang telah hilang akibat akibat tekanan stress, cuaca dan persekitaran yang kotor. Sangat sesuai buat anda yang melangkah ke alam 40-an, gunakan serum ini seelok-eloknya 2 atau 3 kali sehari bagi menentang pembentukan kedutan.

 

8. Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser (50ml)

Moisturizer untuk remaja, mencerahkan kulit dan bebas minyak

Krim pelembap siang dan malam Cosmoderm Tea Tree ini telah diuji secara klinikal, sesuai digunakan buat para remaja yang mempunyai masalah kulit kusam dan berminyak terutama di bahagian T-Zone. Ianya jenis berkrim, tidak melekit dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit. Gunakan secara konsisten setiap kali selepas mandi, dua kali sehari, agar kulit anda dapat dilindungi sepenuhnya dari masa ke semasa.

 

9. Cosmoderm Gentle Night Revival Cream (30ml)

Krim malam untuk menghidrat kulit kering

Pelembap malam atau night cream adalah di antara kunci utama dalam rejimen penjagaan wajah, ini kerana ia merupakan asas atau penghadang buat kulit dari pencemaran berbahaya. Oleh itu, memang sangat penting buat anda yang memiliki kulit kering untuk memakai pelembap malam ini. 

Gunakan Gentle Night Revical Cream agar kulit nampak lebih segar dan tampil lebih berseri hari demi hari. 

 

10. Cosmoderm Vitamin E Oil with Rosehip Oil (30ml)

Face oil untuk parut jerawat dan sesuai buat kaum lelaki

Tidak kira apa jua kondisi kulit anda, memakai face oil adalah wajib dalam rutin penjagaan wajah dan fungsi face oil adalah untuk menarik lembapan ekstra buat kulit anda. Cosmoderm Vitamin E-Oil akan menjadi penghadang buat penumbuhan jerawat yang tidak diingini selain membekalkan lembapan berpanjangan buat kulit anda. Kini kulit anda akan nampak lebih sihat, cerah dan bermaya. productnation

 

Sources : https://productnation.co/my-bm/28001/produk-skincare-cosmoderm-terbaik-malaysia/