Guna Krim Magic Untuk Kurangkan Alahan Kulit Akibat Cuaca Panas

23 Aug 2017

Ujian buat aku setiap kali tiba bulan Ramadhan . Kalau tak tabah memang berhuhuhuhu’lah aku jawabnya .

Bila aku teringat tahun-tahun lepas tu serius aku jadi serik . Serik sebab tak jaga makan dan tak buat persediaan awal .

Tapi dah 3 tahun sejak aku kenal dengan krim magic dari cosmoderm aku dapat jalani ibadah puasa dengan aman dan tenang tanpa rasa rimas disebabkan penyakit elergik aku .

Masaalah aku setiap kali bulan ramadhan datang kulit aku akan jadi mudah sensitif . Dia akan jadi cepat gatal dan panas .

Aku tahu ianya ujian tapi aku juga harus berusaha untuk cari jalan penyelesaian’nya .

Ada setahun tu hidup aku macam zombie jer rasanya , mamai lepas setiap kali makan ubat elergik . Dan aku terpaksa ambik ubat elergik yang kuat untuk kurangkan bengkak dan gatal .

Kulit aku pun akan jadi bengkak kalau tersalah makan . Ayam pun aku tak boleh makan . Kacang , belacan dan segala mak nenek jenis seafood aku tak boleh makan . Kalau aku berdegil makan alamatlah ,  ubat elergik pun aku pernah ambik overdose sebab tak tahan dia punya gatal merenyam campur bengkak campur panas .

satu waktu dulu aku penagih ubat elergik…

One word waktu tu aku boleh kata , SEKSA !!! satu hari 3 tahun lepas aku ada terbaca kat blog Ben Ashaari pasal Krim Magic Lotion Cosmoderm , aku pun cubalah . Sebab bagus dan berkesan pada aku , akhirnya aku jadi pengguna setia produk Cosmoderm yang lain dan krim magic ni pulak sentiasa ada stok standby kat rumah .

Cara guna pun senang cuma sapu jer selepas mandi kat badan kaki dan semua part yang dijangka sensitif . Tapi aku guna anytime . Walaupun ada gatal-gatal sebab pemakanan masih tak kontrol , at least krim magic ni dapat kawal rasa gatal dan kulit aku dari membengkak akibat panas .

wajib bawak kalau pergi jauh-jauh

Rasa krim Magic lotion ni sejuk berangin jer . Kulit rasa nyaman jer lepas guna . Nak tidur pun sedap walaupun cuaca tengah panas membahang . Lagipun dalam magic lotion ni ada bahan tea tree oil yang rasanya semua orang tahu apa fungsi dia . Yes ..antiseptik .

ada GMP dan halal gitu…

So itulah apa yang aku nak kongsi ngan korang , manalah tahu kot korang pun ada masaalah kulit elergik sebab panas macam aku nih , jadinya aku nak suruh korang try pakai krim magic ni pulak . Manalah tahu berkesan . Kanak-kanak pun boleh guna . Anak aku memang guna krim ni kalau badan kena ruam atau gatal-gatal .

Krim ni korang boleh beli online dan kat farmasi . Kalau aku nak cepat aku akan pergi kat IOI Putrajaya , biasanya aku pergi beli kat Aeon Wellness , kat sebelah Harvey Norman . Kalau malas aku beli online jer kat website Cosmoderm .

Sumber: https://saidila.com/2017/05/guna-krim-magic-untuk-kurangkan-alahan-kulit-akibat-cuaca-panas.html/

 



Back to News & Events


Print