COSMODERM Diiktiraf Sebagai Rangkaian Penjagaan Kulit Halal Terbaik di ASIA

29 Mar 2018

ASIA Halal Brand Award (AHBA) yang diadakan pada 15 Disember 2017, merupakan satu platform pengiktirafan kepada lebih 40 jenama halal seluruh Asia dalam pelbagai kategori.

Matlamat utama Asia Halal Brand Award (AHBA) ialah untuk mengiktiraf dan mempromosi jenama halal terbaik di Asia. AHBA juga merupakan platform untuk mempromosikan kebaikan produk halal di pasaran tempatan dan antarabangsa serta memainkan peranan yang penting untuk memastikan penerimaan yang positif bagi penjenamaan Halal sebagai salah satu industri yang sedang pesat berkembang di Asia.

Cosmoderm, jenama tempatan yang tidak asing lagi didalam industri penjagaan kulit dan telah berada di pasaran tempatan dan antarabangsa lebih dari 16 tahun. Selaku jenama produk penjagaan kulit yang Halal, ini adalah saat yang membanggakan apabila dianugerahkan Jenama Halal Terbaik (Asia) oleh ASIA Halal Brand Award (AHBA) baru-baru ini. Anugerah yang disampaikan oleh YB Dato’ Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Kementerial Sains, Teknologi dan Inovasi telah diterima oleh Pengarah Urusan syarikat Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd, Puan Mawarni Hassan.

Kejayaan Cosmoderm sebagai jenama halal di dalam industri kosmetik yang amat kompetitif, menunjukkan bahawa pelanggan memilih produk yang terbukti mampu menyelesaikan masalah kulit mereka tanpa perlu rasa was-was atau khuatir tentang keselamatan dan kesucian produk yang mereka guna - Pengarah Urusan Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd, Puan Mawarni Hassan.

Dinobatkan sebagai penerima anugerah di AHBA bagi peringkat ASEAN  adalah satu kejutan buat Cosmoderm yang bersaing di pasaran tempatan dengan jenama-jenama tempatan dan antarabangsa. Tambahan pula, sistem penjurian yang ketat menjuruskan pada aspek prestij kedudukan produk di dalam pasaran serta pencapaian komersial yang baik.  

Cosmoderm komited dan berdedikasi dalam menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan suci bersesuaian dengan garis panduan dan pengiktirafan Cosmoderm sebagai produk penjagaan kulit yang halal. Diformulasi khusus dari unit penyelidikan Cosmoderm sendiri bersama dengan kegigihan mempertahankan pensijilan  halal untuk semua produk  merupakan faktor eksklusif Cosmoderm dalam industri kosmetik tempatan.  Kini Cosmoderm berjaya mengembangkan  sayap ke negara jiran di rantau ASEAN seperti Singapura dan Brunei dan di Timur Tengah. Di Malaysia,  Cosmoderm boleh didapati di 2500 farmasi termasuk rangkaian farmasi terbesar antaranya Guardian, Watsons, Caring and AEON Wellness di Malaysia.



Back to News & Events


Print