Temui Cosmoderm di Pameran Halal Antarabangsa Terbesar di Malaysia (MIHAS)

04 Apr 2018

 

Temui COSMODERM di Pameran Halal Antarabangsa Terbesar di Malaysia (MIHAS)

Malaysia International Halal Showcase atau dikenali sebagai MIHAS merupakan sebuah ekspo perdagangan halal terbesar di dunia akan diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Dengan penyertaan melebihi 800 peserta pameran dari 40 negara, MIHAS edisi ke-15 ini dijangka akan menarik perhatian global. Pameran 4 hari yang akan berlangsung dari 4 hingga 7 April ini menampilkan pelbagai jenis produk halal tempatan dan antarabangsa dari 7 sektor iaitu farmaseutikal, makanan & minuman, kewangan, pelancongan, e-dagang, logistik dan kosmetik.

Tahun ini merupakan tahun kedua penyertaan Cosmoderm di dalam pameran MIHAS. Pameran ini akan dibuka kepada orang awam pada hari terakhir penganjuran, iaitu pada hari Sabtu, 7 April 2018. Bersempena dengan pameran ini, orang ramai berpeluang untuk melakukan analisis kulit di booth Cosmoderm secara percuma. Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan produk-produk Cosmoderm dengan harga promosi yang sangat berbaloi.

Berminat untuk ke pameran MIHAS? MITEC mudah diakses melalui beberapa lebuh raya utama dan ianya terletak kira-kira 9km dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 65km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pengunjung juga boleh memilih untuk menggunakan shuttle bus yang disediakan oleh pihak MIHAS di empat pick-up point yang berbeza (sila rujuk di Instagram MIHAS) atau anda boleh memilih untuk melanggan GrabCar menggunakan kod promosi GRABMIHAS18.

Jangan lupa untuk singgah ke booth Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd. yang berada di dewan 11, booth 3700 dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam pada 7hb April ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan sampel percuma dan analisis kulit percuma dari kami!

 

COSMODERM at the largest Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)  

Known as the world’s largest halal trade expo, Malaysia International Halal Showcase Malaysia or MIHAS will be held at the Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Attracting the participation of over 800 exhibitors from more than 40 countries, this 15th edition of MIHAS is expected to draw  global attention. The 4-day exhibition will take place from 4th to 7th April, featuring various types of local and international halal products from 7 industry sectors of pharmaceutical, food & beverages, finance, tourism, e-commerce, logistics and cosmetics.

This year marks the second year of Cosmoderm's participation in the MIHAS exhibition. MIHAS will be opened to public on the last day of the event which is on Saturday, 7th April 2018. In conjunction with this showcase, visitors will have the chance to do a skin analysis at Cosmoderm’s booth for free and buy Cosmoderm’s products at special discounted prices.

 Getting to MIHAS? MITEC is easily accessible through several major roads and highways. The venue is located approximately 9km from the Kuala Lumpur City Centre and 65km from Kuala Lumpur International Airport. As an option, the shuttle bus to MITEC is available at four different pick-up point (refer to MIHAS’s Instagram) or you can opt for GrabCar using the promo code GRABMIHAS18.

Look out for Cosmoderm at Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd.’s booth in hall 11 booth 3700, MITEC from 10.00 am to 7.00 pm on 7th April. Do not miss out on free samples and free skin analysis!



Back to News & Events


Print