Membeli Sambil Beramal Bersama Cosmoderm

22 May 2018

   

    Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan dimana kita digalakkan untuk beramal dan bersedekah, Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd. telah melancarkan satu kempen yang dikenali sebagai #KongsiCosmoderm. Melalui kempen ini, setiap RM1.00 dari setiap unit produk yang dibeli melalui laman web www.cosmoderm.com.my akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih. Kempen ini bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun, iaitu bersamaan hari terakhir bulan Ramadan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd, Puan Mawarni berkata pelancaran #KongsiCosmoderm ini diharapkan dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk menderma ketika mereka membeli barangan keperluan peribadi serta keluarga. Dengan ini semua pelanggan Cosmoderm boleh sekaligus berniat untuk menderma ketika membeli di laman web. Melalui konsep membeli sambil menderma, pembelian mereka pastinya dapat memanfaatkan keluarga serta menjadi satu pelaburan untuk akhirat.

    Orang ramai boleh mengikuti perkembangan dan butiran kempen ini dari masa ke masa melalui laman sosial Facebook Cosmoderm dengan kata kunci #kongsiCosmoderm. Menariknya Cosmoderm juga menawarkan diskaun istimewa sehingga hampir 30% untuk barangan yang terpilih. Secara tidak langsung, pelanggan Cosmoderm dapat membuat penjimatan lebih untuk persediaan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Cosmoderm www.cosmoderm.com.my atau Facebook Cosmoderm https://www.facebook.com/Cosmoderm/



Back to News & Events


Print