Satu Kempen Ramadan Raikan Tiga Badan Kebajikan

25 Jun 2018

SUBANG JAYA, 11 Mei 2018 –Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd., sebuah badan korporat swasta telah melancarkan kempen #kongsiCosmoderm yang bertujuan untuk menggalakkkan pelanggan mereka membeli sambil menderma. Kempen yang dilancarkan selama sebulan di bulan Ramadan ini membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih sambil membeli dengan harga promosi melalui laman sesawang www.cosmoderm.com.my

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd., Mawarni Hassan berkata, kempen yang telah dilancarkan ini membawa mesej murni untuk masyarakat berkongsi rezeki biarpun sekecil mana sumbangan yang diberikan.

Melalui kempen ini, setiap RM1 dari setiap produk yang dibeli oleh pelanggan Cosmoderm akan disalurkan untuk kebajikan.  

“Ini kali pertama kami melancarkan kempen sebegini. Kami berharap kempen ini dapat memudahkan pelanggan kami untuk membuat lebih banyak kebaikan. Dengan kutipan yang telah diperoleh, kami dapat menyantuni golongan yang memerlukan dan ianya tidak hanya memberi manfaat kepada satu pihak penerima sahaja”, katanya.

Raikan golongan berbagai latar

Dengan kutipan RM1 dari setiap produk yang dibeli serta sumbangan korporat dari pihak Vanity Cosmeceutical sendiri, dana berjumlah RM13,314.50 telah disumbangkan secara berperingkat kepada tiga pusat kebajikan terpilih iaitu Maahad Tahfizul Quran Anawiyah – Pusat pengajian tahfiz yang terdiri dari anak-anak yatim serta pelajar dari keluarga miskin, Hidayah Centre Foundation – Sebuah pusat Islam untuk saudara-saudara muslim yang baru serta sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) HANDS yang menyantuni anak-anak yatim dari Rumah Titian Kasih.



Back to News & Events


Print