FREE SHIPPING FOR ORDERS OVER RM40.00
COSMODERM Beauty Bazaar : Cleanser Fiesta 2021 (BM)

 

Hai, beauty junkies! COSMODERM telah melancarkan 3 tambahan baharu dalam rangkaian produk pencuci muka kami sempena Beauty Bazaar: Cleanser Fiesta yang bermula dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2021.  

Tujuannya adalah untuk memberikan sensasi dan pengalaman yang berbeza untuk pengguna baharu dan pengguna setia kami. Sepanjang tiga bulan ini, anda boleh menikmati harga istimewa dengan diskaun 15% untuk pencuci muka baharu dan diskaun 25% untuk pencuci muka yang sedia ada. Selain itu, pada hujung minggu, pastikan anda tidak terlepas promosi-promosi menarik sehingga diskaun 40%!

 

Memperkenalkan Pencuci Muka Baharu COSMODERM!

1. Vitamin E Foaming Cloud Cleanser

Sesuai untuk jenis kulit normal, kering atau kombinasi

 

Pencuci muka berbuih ringan ini membersihkan kulit wajah anda tanpa mengganggu kelembapan semulajadinya. Pencuci muka ini mengandungi kombinasi lengkap Vitamin E dan Gliserin yang memberikan sensasi lembap dan lembut pada kulit. Gliserin juga berfungsi sebagai ejen pelembap yang mengekalkan kelembapan kulit dan memaksimakan kesan hidrasi.

TIPS COSMODERM :

Rutin Siang

Gunakan Vitamin E Facial Cleansing Foam pada waktu pagi kerana pencuci muka jenis gel lebih lembut pada wajah dan ia tidak akan menjejaskan kelembapan semulajadi pada wajah.

 

Rutin Malam

Vitamin E Foaming Cloud Cleanser pada waktu malam kerana ia lebih berbuih dan membersihkan wajah daripada rembesan minyak, debu pencemaran, sisa solekan, dan sebagainya dengan lebih mendalam.

 

 

2. Tea Tree Oil Whipped Cream Cleanser

Sesuai untuk jenis kulit berminyak dan sering mengalami masalah jerawat

Pencuci muka berbuih tebal ini mengandungi Minyak Tea Tree Asli dan Asid Salisilik yang berfungsi untuk mengecilkan dan meredakan masalah jerawat yang sedang anda hadapi. Dengan formulasi unik yang melembapkan kulit, pencuci ini berkesan membersihkan wajah daripada punca-punca pembentukan jerawat secara intensif sambil mengekalkan kelembapan semulajadi dan memberikan sensasi lembut pada kulit supaya kulit tersedia untuk produk penjagaan kulit susulan.

TIPS COSMODERM :

Merawat Jerawat Teruk

Tea Tree Oil Whipped Cream Cleanser paling sesuai digunakan ketika anda sedang mengalami kondisi kulit yang berjerawat teruk.

 

Mengawal/Mengelakkan Jerawat

Tea Tree Oil | Oil Control Facial Cleanser paling sesuai digunakan untuk menghalang pembentukan semula jerawat.

 

3. Perfect Balanced Gentle Cleansing Liquid

Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif

Diperkaya dengan prebiotik, calamine, dan surfaktan asid amino, cecair pencuci muka yang mempunyai pH neutral ini membersihkan kulit sambil membantu memulihkan dan mengekalkan lapisan perlindungan kulit dengan keseimbangan mikrobiome yang sihat. Selain itu, ia membantu meredakan kegatalan dan kemerahan pada kulit, lantas memberikan keselesaan berpanjangan dan sensasi yang lembut pada kulit.

TIPS COSMODERM :

Pencuci muka Berbentuk Cecair

Tekstur gel atau cecair yang terdapat pada Perfect Balanced Gentle Cleansing Liquid sesuai digunakan oleh individu yang sensitif kepada pencuci muka yang berbuih tebal.

 

Pencuci muka Berbentuk Buih Tebal

Sekiranya anda inginkan pencuci muka yang dapat membersihkan kulit wajah secara mendalam tanpa menyebabkan iritasi pada kulit yang kering atau sensitif, anda boleh menggunakan Perfect Balanced Foaming Cleanser.

 

Dapatkannya, Sekarang!

Tidak kira sama ada anda merupakan peminat setia COSMODERM atau baru berminat untuk mencuba pencuci muka baharu kami, anda boleh mendapatkannya di Watsons, Guardian, Aeon Wellness, dan farmasi persendirian yang berdekatan. Jadilah antara yang terawal dalam kalangan kenalan dan keluarga anda untuk mencuba kebaikan dan sensasi luar biasa pencuci muka baharu kami!

COSMODERM, untuk kulit cantik dan lebih sihat!